Friday, July 16, 2010





Salam Semua,

Pada 01 July 2010 merupakan hari terakhir Saudari Norazwa bertugas di ZAQ Construction Sdn Bhd. Beliau akan berkhidmat di UTHM di Batu Pahat sebagai "TUTOR" dan akan meninggalkan seribu kenangan semasa bersama dengan projek ini. Semoga beliau sukses dan terus maju dalam bidang yang diceburi.
Terima kasih Wawa.. kerana telah menjadi ahli keluarga kami di Fabrication Yard ini.
Semoga kejayaan terus menjadi milik Wawa..
Tahniah & terima kasih..

Wasalam..

Ramli Md Yasan



Salam Semua,

Pada 08 Julai 2010 / 0900am - 1300pm pihak ZAQ Construction Sdn Bhd telah menghantar seramai 18 orang staff ke Karnival Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Sektor Pembinaan Di Negeri Johor Sempena Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2010 bertempat EduCity, Nusajaya, Iskandar Malaysia.
Seramai 03 orang telah mewakili Pihak Majikan dan 15 orang mewakili Pihak Pekerja. Terima kasih kepada En Zubir Md Tap (HSE Manager) yang telah memberikan peluang kepada kami untuk menghadiri aktiviti sebegini.
Syabas diucapkan kepada JKKP Johor dengan kerjasama Iskandar Investment Berhad kerana telah menganjurkan karnival yang amat bermakna ini.
Semoga berjumpa lagi di lain aktiviti anjuran JKKP Johor. Tahniah JKKP Johor.