KESELAMATAN ELEKTRIKAL
Elektrik yang digunakan dengan tertib adalah bentuk tenaga yang selamat dan efisien tetapi jika digunakan sebaliknya boleh menjadi punca bahaya. Antara bahaya utama adalah renjatan, melecur, kebakaran dan letupan, dan dalam sesetengah keadaan arka mata. Walau bagaimanapun jika renjatan elektrik yang diterima oleh seseorang tidak secara sendirinya membahayakan, ia boleh mempunyai kesan yang dahsyat, seperti ketika bekerja pada ketinggian tertentu atau di atas tangga, satu renjatan yang lemah mungkin mengakibatkan kejatuhan; meskipun renjatan itu tidak menyebabkan kecederaan, kejatuhan itu mungkin boleh.
Perlu diingati bahawa tenaga elektrik digunakan berterusan di dalam semua tempat kerja bukan sahaja kilang-kilang tetapi pejabat, bank, sekolah, dsb dan penggunaannya di tempat-tempat tersebut semakin meningkat sepanjang masa apabila teknologi baru dan ‘pejabat elektronik’ menjadi satu kebiasaan. Jadi walaupun bahan di dalam bab ini akan membincangkan terutamanya mengenai kilang-kilang dan tapak binaan, pelajaran dan langkah-langkah yang perlu diambil, adalah relevan kepada mereka yang bekerja didalam pejabat dsb.
Tanggungjawab-tanggungjawab Majikan
Adalah tanggungjawab majikan untuk memastikan bahawa langkah berhati-hati yang mencukupi diambil untuk mengelakkan bahaya-bahaya ini pertama sekali dengan memuaskan hatinya bahawa semua kelengkapan elektrik direkabentuk untuk memastikan bahawa dalam operasi normal bahagian-bahagian hidup tidak boleh dimasuki, bahawa perlindungan terhadap litar pintas dengan peralatan seperti alat pembumi atau di dalam peralatan mudahalih, digunakan sistem voltej terkurang dengan semua peralatan yang ditebat atau didwi-tebat. Apabila kelengkapan elektrikal sebahagian daripada sesuatu sistem perlu diselenggarakan dsb., adalah penting bahawa satu sistem permit-untuk-bekerja berada di dalam operasi dan diselia oleh seseorang yang mempunyai latihan yang mencukupi dan kompeten untuk memastikan bahawa kelengkapan yang ingin diselenggarakan itu telah ‘mati’. Ini bermakna ia bukan sahaja perlu dimatikan tetapi keseluruhannya diasingkan dan tertutup daripada sebarang bahagian sistem yang boleh mengakibatkan, ia hidup dengan tidak sengaja. Sebelum kerja-kerja disambung kelengkapan dsb. tersebut hendaklah diuji dengan alat yang sah untuk membuktikannya ‘mati’.
Mengelakkan Renjatan Elektrik
Kelengkapan elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat. Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan mudah alih. Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem volt 110 dengan soket tengah dibumikan akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.
Jika kelengkapan voltej terkurang tidak digunakan, seperti di dalam pejabat, salah satu daripada perlindungan terbaik adalah penggunaan satu bentuk’earth leakage circuit breaker’. Tidak seperti fius, yang direkabentuk untuk melindungi kelengkapan, bukan manusia, apabila berlaku litar pintas pemutus sedemikian akan menghentikan arus dengan pantas agar tiada bahaya akibat kecederaan.
Jika kedua-dua voltej terkurang atau ‘earth leakage breaker’ tidak digunakan, apabila mungkin, pemutus litar otomatik mini perlu digunakan. Penggunaan pemegang fuis yang boleh diwayar semula perlu dielakkan seboleh mungkin kerana bahaya penggantian wayar yang tidak bersesuaian dengan saiz wayar fius.
Kemungkinan untuk renjatan elektrik boleh dikurangkan oleh seorang kompeten yang menjalankan pemeriksaan berikut:-
• sekurang-kurangnya satu ujian mingguan berkenaan keterusan konduktor bumi di antara peralatan mudahalih bersalut logam dan palam - ini akan memastikan bahawa konduktor di dalam wayar bumi kekal cukup untuk membawa cukup arus pintas untuk meletupkan fius; tambahan lagi ketahanan penebat kedua-dua alat dan plumbum fleksibel harus diperiksa;
• sekurang-kurangnya satu pemeriksaan mingguan kotak fius;
• sekurang-kurangnya satu ujian setiap tahun terhadap litar otomatik mini;
• satu pemeriksaan mingguan terhadap sarung tangan getah, alas berpenebat, kepingan dsb untuk kegunaan elektrikal;
• ujian setiap 6 bulan terhadap sarung tangan getah elektrikal;
• penggantian peralatan salut logam dengan peralatan atau kelengkapan yang berpenebat penuh bersesuaian di mana boleh dipraktikkan;
• pemeriksaan rutin terhadap pemasangan elektrikal;
• pengujian dan pemeriksaan tetap semua kelengkapan pejabat; dan
• pemeriksaan kerap terhadap semua soket dinding.
Satu kaedah mudah untuk memastikan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin kelengkapan elektrikal dilakukan adalah dengan melabel dan menandakan tarikh pada semua kelengkapan sewaktu ia diperiksa. Jika tarikh pada label menunjukkan kelengkapan tersebut tidak diperiksa dalam jangkawaktu yang ditentukan, kelengkapan itu tidak akan digunakan sehingga ia telah diperiksa.
Selain daripada memeriksa dan menguji kelengkapan yang perlu digunakan, perlu juga difikirkan kedudukan soket dan jumlah serta jenis kelengkapan yang dipasangkan padanya. Seringkali, khususnya di pejabat, soket-soket sama ada di dalam kedudukan yang tidak sesuai, menyebabkan wayar meleret di dalam bilik, atau terlalu banyak perkakas menggunakan terlalu sedikit soket. Dalam kes sedemikian ada risiko untuk kebakaran di samping risiko untuk renjatan.
Wayar Overhed
Terdapat satu atau dua kawasan, di mana walaupun orang tidak bekerja secara langsung dengan kuasa elektrik, mereka masih berada dalam risiko. Pertama adalah oerhed yang dijalankan menggunakan kren kuasa elektrik dengan ‘bare electric down shop’ dan ‘cross shop wires’ untuk membekalkan kuasa kepada kren overhed. Bahaya akibat renjatan boleh dielakkan dengan menggunakan kabel fleksibel pada gelendung gulung sendiri, wayar ‘down shop’ dan ‘cross shop’ tertutup di dalam logam atau pelindung berpenebat atau wayar pintal-sendiri yang tergantung pada ‘cantenary’.
Apabila pengecatan atau penyelenggaraan perlu dilakukan berhampiran dengan wayar-wayar sedemikian, adalah penting untuk memastikan langkah beringat-ingat yang sewajarnya diikuti agar kerja tersebut dapat dijalankan dengan selamat seperti dengan mengasingkan wayar-wayar tersebut sebelum dibenarkan masuk. (Lihat Bab 21 : Penyelenggaraan Selamat)
Bahaya-bahaya lain adalah kehadiran wayar overhed tidak berpenebat yang dimiliki oleh Lembaga Elektrik tetapi melintasi ruang terdedah termasuk tempat kerja. Ia akan diletakkan pada ketinggian yang selamat daripada tanah menurut ‘Overhead Lines Regulations’, tetapi ingat - tangga besi, jib kren bergerak dsb. boleh mengurangkan jarak tersebut dan mungkin bersentuh dan mengakibatkan tragedi. Pastikan majikan-majikan menandakan dengan jelas bahaya-bahaya ini. (Lihat HSE Guidance Note G S6).
Perlu juga diingat bahawa dengan punca atau wayar voltej tinggi satu litar ke bumi mungkin boleh berlaku tanpa sebarang sentuhan dilakukan.
Wayar-wayar overhed adalah bahaya khusus kepada pemandu-pemandu kren sewaktu kerja pembinaan. Sekiranya kren digunakan dlam keadaan tersebut perlu didapatkan nasihat daripada Lembaga Elektrik. Mereka yang memandu kren bergerak atau kenderaan yang hampir sama, perlu memastikan majikan mereka telah mengikuti prosedur-prosedur ini untuk keselamatan. Sekiranya boleh ‘tiang gol’ dan pita amaran perlulah didirikan.
Kabel Bawah Tanah
Satu lagi bahaya kepada pekerja binaan timbul apabila penggalian dilakukan. Kabel bawah tanah mungkin tertanam dalam laluan penggalian. Terdapat juga prosedur-prosedur untuk mengenalpasti bahaya-bahaya ini. Pastikan para majikan mengikutinya dan laluan-laluan kabel dikenalpasti oleh pihak-pihak yang berkenaan, dengan menggunakan pelan, alat pengesan kabel dsb., ditandakan dan jika perlu kabel-kabel itu dimatikan sebelum memulakan kerja. (Lihat NJUG Publication di bawah item 2 Useful Publications).
Pengimpalan Elektrik
Pengimpalan arka menggunakan kuasa elektrik sama ada ac atau dc. Dalam keadaan yang sama pengimpalan dc lebih selamat daripada ac dan merupakan pilihan di tempat terbatas dan sukar. Pada pengimpalan ac alat kerja perlu dibumikan dan ia mestilah satu-satunya pembumi kepada litar kimpalan tersebut.
Adalah disyorkan semua pemegang elektrod berpenebat terpasang kepada plumbum kimpalan dengan palam dan soket. Plumbum kembali perlu diapitkan kepada hasil kerja. Plumbum kembali itu penting untuk mengawal arah arus yang sedang kembali daripada kerja kepada transformer. Tanpanya, arus tersebut, berukuran 80 amps, mungkin mengambil laluan rawak melalui struktur keluli, garisan landasan, paip dsb., yang boleh merangkumi rintangan tinggi (misalnya, sambungan bolt yang longgar) menyebabkan penjanaan haba dan mungkin kebakaran.
Litar kimpalan perlu dibumikan sewaktu bekerja. Jika pembumi berada pada pemusing transformer dan satu retakan berlaku pada plumbum kembali laluan arus kembali akan tidak terkawal. Oleh itu adalah amat penting bahawa pembumi yang mencukupi berada di semua tempat kerja untuk kegunaan pengimpal.
Set pengimpal arus ulang-alik boleh dipasang dengan satu alat untuk mencegah voltej pada pemegang elektrod meningkat melebihi 50 volt apabila tiada arka yang dinyalakan. Tanpa alat ini voltej boleh meningkat hingga ke takat yang boleh membahayakan operator.
Rujukan yang lebih lanjut berkenaan langkah-langkah keselamatan am ada dalam bab mengenai pengimpalan.
Bilik Bateri
Dalam kerja-kerja yang menggunakan arus dc, sama ada untuk peralatan atau lampu kecemasan, kemungkinan ada bilik bateri di mana bateri-bateri dicaskan. Bateri mengeluarkan hidrogen apabila dicaskan dan ini akan membentuk satu campuran mudah letup bila bercampur dengan udara. Pengalihudaraan bilik bateri perlulah dalam keadaan di maan tiada penumpuan berlaku. Oleh kerana hidrogen lebih ringan daripada udara, lubang atau salur pengalihudara perlulah sama rata dengan siling dan langkah beringat-ingat harus diambil untuk megelakkan pengumpulan hidrogen pocket.
Pengalihudaraan secara paksa mungkin diperlukan. Walau bagaimanapun motor kipas elektrik biasa mungkin menghasilkan percikan api dan mewujudkan bahaya di dalam persekitaran yang mudah letup. Di mana perlu, nasihat pakar harus dicari sebelum pengalihudaraan sedemikian disediakan.
Aksesori elektrik dalam kawasan pencasan bateri perlulah kalis asid dan tidak dipasang pada siling tetapi pada dinding lebih kurang enam kaki atau lebih daripada lantai, untuk memastikan bahawa ia berada di bawah tahap tumpuan hidrogen walaupun pengalihudaraan adalah mencukupi.
Merokok atau menghidupkan air mestilah dilarang di dalam bilik-bilik bateri dan di mana sahaja kerja yang melibatkan puca api, ia perlulah dilakukan di bawah penyeliaan langsung seeorang yang kompeten. Perkara ini juga sama dengan lampu berpemegang dan peralatan yang mempunyai bahaya tersembunyi. Peralatan berpenebat yang bersesuaian untuk bateri hendaklah disediakan dan digunakan.
Akhir sekali, bateri jenis plumbum atau asid mengandungi asid sulfurik yang berbahaya dan langkah beringat-ingat yang paling minimum adalah pemakaian pelindung mata dan sarung tangan yang bersesuaian. Bekas pencuci mata dan bekalan air steril atau larutan garam yang bersesuaian juga perlu disediakan.
Generator Bergerak
Generator bergerak yang dijalankan oleh enjin petrol untuk membekalkan bekalan kuasa elektrik sementara sering digunakan sewaktu bekerja. Dari segi keperluan keselamatan, bekalan tersebut hendaklah dikendalikan sama seperti bekalan normal seperti wayar neutral generator tersebut dan semua bahagian logam yang terdedah yang boleh tercas hendaklah dibumikan. Secara amnya sebelum generator bergerak digunakan untuk menggantikan bekalan awam, semua konduktor daripada bekalan awam mestilah di asingkan (dihentikan keseluruhannya) dan kekal begitu sehingga generator digunakan dan dihentikan. Ini juga harus diamalkan apabila generator digunakan kerana kegagalan bekalan awam. Sekiranya sesuatu generator mengalirkan arus ke dalam sistem elektrik bekalan awam, bahayanya bukan sahaja kepada mereka yang terlibat secara langsung tetapi kepada pekerja-pekerja yang bekerja di Lembaga Elektrik. Ini tidak seharusnya dilakukan tanpa persetujuan daripada Lembaga Elektrik. Komen-komen terdahulu mengenai penyelenggaraan yang mencukupi juga boleh digunapakai untuk generator bergerak.
Pertolongan Cemas dan Penyelamatan
Katakanlah, walaupun semua langkah beringat-ingat telah diambil, (seseorang telah terkena renjatan elektrik. Adakah anda harus berdiri sahaja tanpa melakukan sesuatu? Tidak, tidak seharusnya begitu. Untuk menolong mangsa, kepantasan tanpa panik adalah amat penting. Pertama sekali arus elektrik hendaklah dihentikan atau suruh seseorang untuk melakukannya. Panggil seorang doktor atau ahli pertolongan cemas tetapi jangan menanti ketibaan mereka sahaja.
Apabila arus elektrik telah dihentikan, mulakan dengan pernafasan bantuan dengan serta-merta, dan teruskan untuk memulihkan pernafasan semulajadi sehingga ketibaan pakar dan menyuruh anda menghentikannya. Banyak nyawa telah hilang secara sia-sia kerana tidak memulakan pernafasan bantuan dengan serta-merta dan menghentikannya terlalu cepat.
Sekiranya tiada sesiapa pun yang mengetahui di mana untuk mematikan arus, tidak mustahil untuk membebaskan mangsa daripada bersentuh dengan kuasa elektrik pada voltej yang normal, iaitu 415/240, dengan menggunakan sarung tangan getah atau alas getah. Jika barangan tersebut tidak ada, gunakan gelung tali atau kot atau topi untuk menyeret dan membebaskan mangsa tersebut. Elakkan bersentuhan kulit dengan mangsa yang tercedera. Apa sahaja yang digunakan hendaklah kering dan bukan konduktor.
Jika diketahui atau disyaki bahawa si mangsa telah bersentuh dengankonduktor hidup melebihi 415v, adalah amat berbahaya untuk cuba membebaskannya, kecuali ada bahan berpenebat terhadap sistem itu atau sehingga anda pasti bahawa arus elektrik telah dihentikan. Jika sebarang bahagian daripada sesuatu sistem elektrik itu melebihi 250v, majiakn itu diwajibkan untuk mempamerkan satu poster yang memberi arahan berkenaan cara-cara untuk merawat seseorang yang terkena renjatan elektrik.
Akhir sekali, adalah dinasihatkan para pekerja perlu menerima latihan pernafasan bantuan yang kerap dan di mana perlu cara-cara untuk menghentikan bekalan elektrik perlulah ditunjukkan dengan jelas.
Senarai Semak : Kuasa Elektrik
• Adakah semua kelengkapan elektrik yang digunakan di dalam tempat kerja anda kerap kali diperiksa oleh seseorang yang kompeten?
• Adakah sebarang tanda kelengkapan elektrik yang rosak?
• Adakah kelengkapan voltej terkurang disediakan dalam keadaan lembap?
• Adakah semua kabel overhed dan bawah tanah ditandakan dengan jelas?
• Adakah semua pengimpalan arka elektrik dibumikan dengan mencukupi?
• Adakah terdapat bilik bateri di tempat kerja anda? Jika ada, sila periksa pengalihudaraan, pencegahan bunga api dan pencucuhan, larangan merokok dan bantuan kecemasan.
• Adakah semua pekerja terlatih di dalam teknik-teknik pertolongan cemas dan penyelamatan bagi renjatan elektrik?
Sources: Info drp seorang sahabat dalam bidang yang sama.
No comments:
Post a Comment