Tuesday, January 17, 2012

Info Kesihatan

Penyakit Asma Berkaitan Pekerjaan

RACUN Makhluk Perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun makhluk perosak berguna
untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.

Bagaimana keracunan boleh berlaku?

Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui tiga cara:
1. Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
2. Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.
3. Terhidu racun makhluk perosak.

Pekerja yang berisiko

Siapakah pekerja yang berisiko?
Contoh pekerja yang berisiko adalah peladang atau petani, pekerja ladang atauestet dan pekerja kilang racun makhluk perosak.

Gejala

Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan kepada badan, antaranya seperti berikut adalah kesan sertamerta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan kematian dan kesan jangka masa panjang seperti
tangan mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan.

Komplikasi

Apakah yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?
Kerosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati, paru-paru dan saraf serta kemandulan.

Kematian.

Rawatan
1. Rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk
menyelamatkan nyawa mangsa.
2. Bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang
mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang
3. Tanggalkan pakaian yang tercemar
4. Jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah.
5. Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar
dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang banyak
selama 15-20 minit.
6. Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera.
7. Jangan lupa, bawa bekas racun yang terlibat ke hospital
bersama pesakit.

Pencegahan keracunan racun makhluk perosak

Bagaimanakah saya boleh mencegah kejadian keracunan racun
makhluk perosak?
1. Pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang
digunakan.
2. Patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang
dibekalkan oleh pengeluar setiap masa.
3. Amalkan teknik pengendalian yang selamat.
4. Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul.
5. Simpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan
berasingan dari barang-barang lain.
6. Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain;
gunakan bekas yang asal sahaja.
7. Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah
kosong.
8. Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong
dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada
pihak tertentu yang dilantik.
9. Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.

Apakah amalan pengendalian yang selamat?
* Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
* Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk
perosak.
* Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
* Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
* Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap
kali mengendalikan racun.

Apakah pakaian yang sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak?
1. Baju berlengan panjang dan seluar panjang.
2. Topi
3. Apron plastik
4. Kasut/but keselamatan
5. Sarung tangan getah
6. Topeng muka
7. Kacamata pelindung mata

Notikasi
Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Notikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi
tanggungjawab:

1. Majikan
Pengamal perubatan yang merawat Untuk notikasi
penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan.

2. Alamat perhubungan
Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke
alamat ohealth@dph.gov.my
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keracunan,
sila layari laman web Pusat Racun Negara.

Sources: Info dari akhbar: Harian Metro, Dec 19, 2011, pg. 019

No comments:

Post a Comment