Wednesday, June 8, 2011

KESIHATAN MENTAL

KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupankita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

•Memupuk perasaan,fikiran dan tingkah laku yang positif dalam diri sendiri.
•Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan oranglain,kumpulan dan persekitarannya.
•Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab,masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif:
Terhadap diri sendiri;
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
•Berupaya mengawal perasaan.
•Sanggup menerima kegagalan.
•Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
•Menghargai diri sendiri. Terhadap orang lain
•Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
•Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
•Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
•Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka. Terhadap cabaran Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
•Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
•Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
•Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif:

•Menerima kenyataan diri secara realistik.
•Mengendali masa dengan baik (time management)
•Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
•Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
•Menjaga kesihatan fizikal.
•Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
•Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
•Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
•Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
•Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.


Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:

•Perasaan rendah diri.
•Tekanan dalam hidup.
•Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
•Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim danperzinaan)
•Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
•Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya,buli sekolah)
•Peningkatan risiko penyakit mental.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysiahttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/kesihatan_mental.htm

No comments:

Post a Comment