Sunday, June 5, 2011








Pada 28hb April 2011 JKKP Johor telah menganjurkan HIRARC QUEST Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja Sedunia 2011 bertempat di Tapak Pembinaan Malbourough College Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor.

Pihak ZAQ Construction Sdn Bhd telah menghantar 2 kumpulan untuk turut serta dalam pertandingan tersebut. Seramai 14 orang turut sama memeriahkan majlis tersebut dengan mengikuti program-program yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Penyertaan ini telah memberikan pengalaman yang bagus dan berguna kepada kami dan sekaligus dapat berkumpul serta berjumpa dgn rakan2 seperjuangan yang lain.

Tahniah kepada JKKP Johor kerana dapat menganjurkan program seperti ini...

wasalam,
Ramli Md Yasan

No comments:

Post a Comment